Posts

Alhamdulillah dan syukur yang satu babak.

23 Ogos 2021 Hari ini aku terima satu lagi berita kegagalan diri sendiri.  Dan seperti hari-hari kebiasaannya, aku menung dan minda luar sedar aku pelan-pelan memulakan proses refleksi diri.  Aku tersedar betapa selama hidup ni teramat sering Alhamdulillah dan syukur aku selalu bersifat satu babak sahaja. Bermaksud ketika menerima satu-satu nikmat, aku akan sujud dan akan ucap Alhamdulillah sebagai tanda bersyukur. Tetapi seterusnya aku akan hidup dengan gaya yang tidak memaknai rasa dan jiwa kesyukuran itu a.k.a senang cerita aku kembali tidak bersyukur. Contoh, tidak banyak bulan yang lalu aku ditawarkan satu pekerjaan di company  yang sangat baik, jawatan yang baik, gaji juga merupakan yang terbesar pernah aku terima.  Ya, ketika menerima tawaran itu, aku merupakan hamba paling bersyukur dan aku merasakan betapa Allah itu Maha Dekat dan Maha Berkuasa untuk memakbulkan doa hambaNya. Tapi syukur aku setakat itu sahaja. Apabila sudah mula bekerja beberapa bulan, aku mula bersikap malas